Tuesday, 23 August 2011

KENCING KOTOR..( U.T.I )

 allo..u olls all ma readers...hari ni aku mc sbb dr smlm aku kn senggugt yg teruk...erm...tp if senggugut je aku x kisah la  but dlm masa yg sama aku kn attck skit lain pulak iaitu U.T.I(kencing kotor @ saluran kencing kita mengandungi batu2 kecil yg mengakibatkn semasa kita nk buang air kita akn rasa sakit @ x blh buang air...selama ni aku kena PMS ni aku jarang la kn mcm ni..cuma lately ni aku kerap sgt kena even sampai dlm msa 5 mint 3 kali aku g toilet terasa nk buang air but x blh kua juga air tu..korg calculate sdr la x sampai bp second je aku da msok lam toilet...mlm td aku sampai x blh tdo sbb kesakitan yg termat sgt sampi my SAYANG ajk g hospital but aku yg x nk bcoz aku thu law g hospital confirm kena tahan kat ward...wahhhhhhh mmg x la..n thiz morning aku amik decision nk amik mc sbb sakit aku sampai aku x blh nk berdiri...even md pon aku terpksa mencangkung bawah pancuran air tu,,skit sgt....n after aku jmpa DOC baru aku tahu sbnrnya apa yg aku hadapi...nak tw apa dia..meh kowang baca ni...ni aku search kat google after mintak rujukn dr DOC td

KENCING KOTOR..( U.T.I ) 

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.  Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)  Bakteria ini boleh menyebabkan:      Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.      Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.      Keradangan uretra atau uretritis.  Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.  Tanda dan Gejala      Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.      Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.      Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.      Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.      Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.      Demam dan seram sejuk.  Komplikasi  Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.  Penyebab dan faktor-faktor penyumbang      Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.      Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.      Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.      Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.  Pengurusan sendiri      Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.      Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.      Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.      Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.      Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).      Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.  Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?      Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).      Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.      Memberi antibiotik tertentu.      Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.  Pencegahan      Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.      Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.      Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.      Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.      Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.      Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.      Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.      Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.      Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.      Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.  Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

seriously mmg sakit..after raya t aku kn wat check up lg..nk kn amik ujian air kencing..aduhhh x sgp la..bdn aku dah mkin lemah...


No comments:

Post a Comment